Marketing Magazine



Assalamualaikum w.b.t ..

Kami ditugaskan untuk mengira dan menyusun semula majalah - majalah awang khenit yang ada didalam ofis . Pada mulanya , majalah - majalah ini banyak ia dikirakan majalah yang tidak dihabis jual . Disebabkan majalah - majalah masih boleh lagi digunakan dan boleh lagi membaca kami ditugaskan untuk mencari di dalam laman sesawang bookstore - bookstore yang terpakai untuk membeli majalah - majalah awang khenit ini secara pukal .


Pelbagai maklumat kami dapat di laman sosial , setelah selesai senaraikan kesemua maklumat bookstore tersebut , kami menelefon setiap bookstore - bookstore yang kami dapat tadi dan tanyakan kepada mereka jikalau ingin membeli majalah - majalah awang khenit secara pukal . Pada mulanya agak rumitlah untuk menyusun kata - kata yang sedap didengar supaya mereka berlembut hati untuk membeli majalah ini . 

Alhamdulillah , banyak yang bagi feedback untuk membeli majalah - majalah awang khenit ini , semakin hari semakin berkurangan majalah yang ada didalam ofis ini daripada bangunan KLCC tinggi .. akhirnya , berkurangan juga .

 

 


Kami juga dapat panggilan untuk membawa majalah - majalah ini ke SACC Convention Shah Alam . Daripada hantar 100 setiap isu , mereka inginkan 150 setiap isu dan hantar ke sana dengan menaiki kereta sendiri .




Rasa teruja juga apabila sampai ke sini sebab majalah awang khenit tu ada dipasarkan disitu . Ramai budak - budak sekolah yang hadir pada hari tersebut .



Pelbagai booth yang dibuka pada hari tersebut . Tidak terkiralah sebab banyak sangat majalah - majalah yang ada . Hati kami pun rasa tenang sebab banyak jugak agensi - agensi yang memberi feedback untuk membeli majalah awang khenit secara pukal . Agak letih jugalah sebab ofis kami tingkat 2 tidak ada lift yang ada cuma tangga angkutlah majalah tu ulang - alik naik turun , boleh kuruslah si popop . 

Kami berasa gembira sebab selama kami bekerja di sead studios adalah peningkatan sedikit demi sedikit iaitu majalah dah semakin kurang . Alhamdulillah .