Admin Knowledge

Apabila selesai kenal tentang selok - beloknya Sead Studios ni , tibalah masanya untuk kami mulakan kerja yang kami dapat . Pada mulanya tugasan kami disini , kami diarahkan untuk mengasingkan setiap resit - resit yang ada mengikut kategori yang sedia ada seperti resit petrol , parking , transport service , software/hardware , printing , marketing service , toll , dubbing service dan sebagainya .
Mungkin bagi korang semua itu macam kerja remeh je tapi dengan kerja - kerja itu semua ada yang berkaitan dengan kerja yang kami akan lakukan selepas ini nanti . Kami cuma susun semula resit - resit tu ikut kategori , ikut tarikh dan tahun . Fail yang mula - mula kami kemas kinikan adalah fail tahun 2014 sehingga 2016 . Bukan pada masa sehari kami siapkan , mengambil masa yang agak lama juga untuk kemas semula resit - resit yang ada dan tampalkan diatas kertas A4 dan kepilkan sekali dalam satu fail mengikut tahun.